Mengapa Harus Berbekam

Bekam darah

Berbekam darah baik untuk kesihatan


Selepas 3 bulan, sel darah merah (Eritrosit) di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.

Dengan ringkasan diatas, moga dapatlah menerangkan mengapa kita harus melakukan rawatan bekam, kerana dengan berbekam kita dapat mencegah tubuh badan kita daripada terjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), gout, darah tinggi, migrain dan sebagainya. Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal'afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya.

In Syaa Allah ...

*(Kaedah rawatan bekam moden yang selamat, tiada kesan sampingan, tiada kesan luka, tidak berparut, hampir tiada kesakitan dan sangat berkesan.)*

Sunnah Berbekam

Berbekam sunnah

Amalkan Bekam Sunnah, Selamat & Berkat. 

In Syaa Allah ...


Bekam merupakan amalan yang pernah dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W semasa hayat baginda. Ulama telah membuat kajian terperinci berkenaan amalan berbekam ini dengan berpandukan hadis-hadis sahih. Ulama Islam telah menganjurkan umat Islam supaya melakukan amalan berbekam ini sebagai amalan yang mendapat pahala bagi yang mengamalkannya, malahan ia diredhai oleh Allah SWT.

Rawatan bekam adalah kaedah paling unggul dan sangat berkesan untuk mencegah dan mengatasi pelbagai jenis penyakit. Bekam merupakan rawatan pencegahan (PreventiveMedicine) dan juga sangat efektif untuk rawatan penyembuhan (CurativeMedicine). Ianya bukanlah perubatan alternatif, tetapi merupakan perubatan berdasarkan wahyu (Sunnah Rasul), maka ia mempunyai satu hikmah yang luar biasa dari sisi khasiatnya dan yang menyembuhkannya tetap Allah SWT.

Marilah kita beramal dengan berbekam sunnah. Kembalilah kepada rawatan Islam yang sebenar. Sesungguhnya amalan bekam sunnah mempunyai banyak nas-nas sahih berdasarkan hadis-hadis Nabi. Biarlah kita beramal sesuatu yang mempunyai sandaran yang kukuh iaitu tidak lain dan tidak bukan daripada seorang insan yang kamil lagi siddiq, Nabi Muhammad S.A.W melalui hadis-hadis baginda. Janganlah kita berbuat sesuatu amalan dalam hal berubat tanpa ada sandaran yang benar (sahih).

Sebagai umat Islam, sesungguhnya saya amat berbangga menjadi umat Baginda Nabi Muhammad S.A.W dan beramal dengan sunnah-sunnah baginda diantaranya adalah Bekam Sunnah. Kita seharusnya menegakkan sunnah-sunnah Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Jadikanlah amalan bekam sunnah sebagai amalan kita. Ia paling baik dilakukan pada setiap bulan sekali.

Bekam , Cara Perubatan Terbaik.


Dari Jabir RA, bahawa ada seorang wanita Yahudi dari penduduk Khaibar memasukkan racun ke dalam daging domba yang dipanggang, lalu menghadiahkannya kepada Rasulullah S.A.W. Baginda mengambil bahagian kaki dan memakan sebahagian darinya. Beberapa orang sahabat yang bersamanya juga ikut memakannya. Sebahagian sahabat yang terlanjur memakannya ada yang meninggal. Lalu Rasulullah S.A.W melakukan rawatan bekam di bahagian dahinya karana daging yang terlanjur dimakan oleh baginda. Sahabat yang merawatnya adalah Abu Hindun, dengan menggunakan tulang tanduk dan mata pisau.

Untuk mengekalkan kesihatan rohani dan jasmani, Rasulullah S.A.W mengajar berbagai teknik pengubatan atau terapi. Sebagaimana terdapat dalam Sahih Bukhari dari Said Ibnu Jabir RA dari Ibnu Abbas RA, bahawa Rasululllah S.A.W bersabda, “Kesembuhan itu ada dalam tiga hal, iaitu dalam manisan madu, rawatan bekam atau sedutan api, namun aku melarang umatku melakukan sedutan api.”

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah S.A.W bersabda, “Jika pada sesuatu yang kamu gunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah bekam.” (HR. Ibnu Majah, Abu Dawud)

Mengenai Rawatan Bekam

Rawatan bekam dikatakan dapat merawat apa pun jenis penyakit seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan lain-lain.

Kebaikan rawatan bekam sunnah / darah


  • Mengeluarkan darah kotor / beku dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak dan melegakan demam.
  • Membantu menghilangkan luka dalaman di bahagian kepala dan wajah, pening, migrain dan sakit gigi.
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang, luka dalaman pada otot dan urat sendi di kaki.
  • Membantu memulihkan sakit bahu, dada dan punggung.
  • Membantu menghilangkan rasa kebas-kebas pada anggota badan.
  • Membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Membantu meringankan tubuh. (Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas)
  • Membantu mengatasi kemalasan, kelesuan dan banyak tidur.
  • Membantu merawat berbagai jenis penyakit mata, rabun dan menajamkan penglihatan. (Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur)
  • Membantu menyembuhkan luka-luka, bisul, jerawat dan gatal-gatal kulit.
  • Membantu memulihkan luka-luka bernanah.
  • Membantu mengatasi keracunan.

Contoh penyakit yang boleh dirawat dengan melakukan rawatan bekam


  • Sakit kepala 
  • Migraine 
  • Tekanan / stress 
  • Sakit belakang 
  • Sakit pinggang
  • Sakit sendi 
  • Lemah badan 
  • Darah tinggi 
  • Diabetes 
  • Sakit jantung 
  • Angin ahmar
  • Obisiti
  • Mata kabur 
  • Katarak 
  • Sakit urat 
  • Sakit angin 
  • Bengkak-bengkak badan 
  • Lenguh-lenguh badan 
  • Gout 
  • Resdung 
  • Jerawat 
  • Sinusitis
  • Sakit leher
  • Sakit kaki
  • Kembung perut
  • Batuk
  • Asma / masalah paru-paru
  • Kolestrol tinggi
  • Sakit gigi
  • Kejang otot
  • Gatal-gatal
  • Sembelit
  • dan lain-lain


Alatan bekam

Anda digalakkan mengikuti perkara-perkara di bawah, sebelum dan selepas melakukan rawatan bekam sunnah / darah


  • Tidak makan selama 1-2 jam sebelum melakukan rawatan bekam, supaya darah beku dan angin mudah disedut keluar.
  • Jangan mengambil makanan berat seperti nasi dan jangan mandi selepas berbekam untuk 1 jam berikutnya, bertujuan untuk meredakan rasa panas badan.
  • Anda digalakkan minum air suam selepas melakukan rawatan bekam.
  • Anda dianjurkan menjalani rawatan bekam sebulan sekali dan bagi orang yang ada penyakit yang serius seperti Gout, anda dianjurkan berbekam untuk 2 atau 3 kali sesi pada 30 hari yang pertama.

Individu yang tidak digalakkan berbekam.


  • Wanita mengandung.
  • Wanita datang haid.
  • Wanita yang kerap keguguran.
  • Individu yang terlalu lemah.
  • Orang tua yang uzur.
  • Pengidap kanser darah.
  • Pengidap tekanan darah rendah yang serius.
  • Pengidap penyakit kulit yang serius.

Nota: Rawatan bekam sunnah / darah boleh dilakukan pada bila-bila masa tidak mengira hari atau pun tarikh.