Pengenalan - Rawatan Bekam Sunnah

Rawatan Bekam Sunnah / Darah


Rawatan bekam sunnah / darah adalah proses untuk membuang darah kotor / beku, toksin, asid urik, kolesterol dan angin dalam badan.

Insya Allah ...

Rawatan bekam sunnah

Rawatan bekam


Gambar rawatan bekam di pelabuhan klang
Kita dianjurkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W untuk berbekam.
Dari Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Kesembuhan itu ada dalam tiga hal, iaitu dalam manisan madu, rawatan bekam atau sedutan api. Namun aku melarang umatku melakukan sedutan api". Bahkan Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu amalkan adalah al-hijamah (bekam). (Muttafaq‘alaihi)

Apakah Itu Rawatan Bekam?


Rawatan bekam ialah satu kaedah perubatan untuk diamalkan agar dapat menghindari dan membantu mengubati penyakit.

Bekam ialah istilah Melayu yang bermaksud "Pelepasan Darah", atau perkataan bahasa Ingeris disebut "Cupping" dan diterjemahkan sebagai "Al-Hijamah" dalam bahasa Arab.

Rawatan Bekam Darah (Bekam Sunnah)


* Ialah proses membuang darah kotor / beku yang mengandungi asid dan toksin di dalam tubuh melalui permukaan kulit sebagai organ terbesar manusia.

* Toksin adalah endapan racun / zat kimia yang tidak dapat diurai oleh tubuh manusia.

* Darah kotor adalah darah yang mengandungi toksin / racun, atau lebih dikenali dengan darah beku yang menyumbat peredaran darah sehingga sistem peredaran darah tidak dapat berjalan dengan lancar.

* Bekam dikatakan teknik yang berkesan dan dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan memulihkan fungsi tubuh.

Insya Allah ...